Tuesday, September 29, 2009

SEJARAH RINGKAS SAIKOLOGI SUKAN



Awal tahun-tahun 1895 – 1920
Saikologi sukan ( percayalah ) boleh dikesan sejak pertengahan 1890 bersama ahli sikologi Indiana, Amerika Utara, Norman Tipiette, melakukan kajian pertama dalam bidang saikologi sukan. Norman adalah seorang peminat lumba basikal, setelah menyaksikan pelumba basikal mengayuh lebih laju apabila berada dalam kumpulan atau berpasangan daripada berseorangan. Beliau telah membuat kajiselidik dan boleh membuat ramalan prestasi pelumba dengan lebih tepat.. Ini adalah permulaan saikologi sukan yang kita gunapakai sekarang.
Era Griffifth ( 1921 – 1938 )
Coleman Griffith telah diiktiraf sebagai “the father” Saikologi Sukan Amerika. Beliau bekerja sebagai pakar saikologi di Universiti Illinois dan juga bekerja di Jabatan Kebajikan Fizikal ( Pendidikan dan Olahraga). Dia menubuhkan makmal saikologi sukan yang pertama dan membuat penyelidikan bersama-sama pasukan bolasepak dan bolalisut. Griffith telah menghasilkan sebanyak 25 makalah daripada kajian saikologi sukan dan menulis sebanyak dua buah bukuiaitu Saikologi Latihan dan Saikologi Atlet.
Persedian untuk masa hadapan ( 1939 – 1965 )
Franklin Henry dari Universiti California, Berkley, menghabiskan masa tugas nya mengkaji aspek-aspek saikologi dan penguasaan kemahiran motor. Ramai ahli Pendidik yang dilatih oleh Franklin Henry telah menjadi pakar rujuk sains sukan.Warren Johnson mithalnya telah membuat penilaian emosi atlet sebelum pertandingan buat pertama kalinya pada tahun 1949 dan 1965 di Kongress Pertama saikologi Sukan di Rome. Walaubagaimana pun sehingga kini mengaplikasikan pengetahuan ini untuk membantu atlet masih terhad.
Penubuhan Akademi Saikologi Sukan ( 1966 – 1977 )
Pada ketika ini Pendidikan Jasmani telah menjadi disiplin akademik dimana saikologi sukan dan kawalan motor sebagai komponen berasingan. Pakar pembelajaran motor memberi tumpuan bagaimana seseorang menguasai kemahiran motor ( bukan sahaja dalam sukan ) dan keadaaan latihan, mengumpul dapatan kajian, dan ketepatan. Berbeza dengan saikologi sukan yang mengkaji bagaimana faktor-faktor seperti kebimbangan, ketakutan, “self-esteem”, dan personaliti mempengaruhi sukan dan prestasi kemahiran motor.Bruce Ogilvie dari Universiti San Jose adalah orang yang pertama mengadakan berbincang dengan atlet dan pasukan.
Sukan Kontemporari dan Saikologi Latihan ( 1978 hingga kini )
30 tahun yang lalu menyaksikan perkembangan pesat dalam sukan dan saikologi latihan, terutama sekali dalam bidang sains gunaan.Bermacam-macam jenis majallah telah diterbitkan yang memberi tumpuan kepada gunaan (applied ), dan kajian teori terhadap prestasi dan sukan. Sehingga kini terdapat lebih dari 3000 individu di lebih dari 65 buah negara bekerja dalam bidang sukan dan saikologi latihan.



Pakar Saikologi Sukan : Apa harus kita lakukan ?

No comments:

Post a Comment