Saya telah dijemput oleh kumpulan pelajar 3, PISM PJ dari Institut Pendidikan Guru (IPG KTB), Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah bimbingan Penasihatnya En Rosdaud bin Ayob, untuk menjalan Kursus tersebut pada 27 April 2011 di Gimnasium Ungku Aziz, IPG KTB.
Seramai 38 orang peserta telah menyertai Kursus ini, dimana bagi sesi amali Peserta Perempuan membuat aktiviti Batang Titian dan Peserta Lelaki Palang Sejajar.
Kursus ini walaupun singkat masanya tetapi membawa manfaat serta memberi keyakinan kepada peserta-peserta yang bakal menjadi Guru kelak.
Semua peserta telah menunjukkan semangat kerjasama yang padu dan penglibatan yang menyeluruh disepanjang perjalanan Kursus ini.
Saya ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat untuk mejayakan Kursus ini.
Semoga berjumpa lagi dimasa hadapan.
Senyum Ceria Bergimnastik.